Sunday, July 5, 2009

Wanita!!!


Selain menjaga penglihatan mata dan memelihara kemaluan, dan ditambah lagi iaitu janganlah dipertontonkan perhiasan kamu kecuali yang nyata saja, cincin dijari muka dan tangan, itulah perhiasan yang nyata. Memelihara peribadi mulia, menjaga aurah, memang payah apatah lagi bagi yang tenggelam kepada kepada pergaulan moden, pergaulan yang amat bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram inilah penyakit yang sukar disembuhkan hingga hancur peribadi dan hilang kendali atau harga diri, maka jadilah orang yang kotor dipenuhi dengan daki-daki dunia. pintu² buat menggangu syahwat dibuka selebar-lebarnya. Pakaian terlepas dari kendali agama, lalu masuk ke dalam kekuasaan dictator dari barat. Kaum wanita di bawah cengkaman budaya barat yang merosakkan akhlak.

Berhias tidak dilarang bagi wanita, wanita juga punyai instinct atau naluri, ingin kelihatan cantik, cuma ada batasanya. Seperti berhias cantik hanya untuk suami jangan menjalar kepada orang lain. Keindahan dan kesenian yang timbul dari kehalusan perikemanusiaan bukan dari kehendak kehewanan yang ada dalam diri manusia itu.

Keindahan bukan untuk mempertontonkan diri dan bertelanjang atau menggiurkan seakan akan sikap dan isyarat “touch me”. Juga jangan dihentakkan kaki ke tanah agar jangan diketahui oleh orang perhiasan yang disembunyinya.

Sebagaimana ayat diatas dibawah.(surah Annur ayat 31 yang akhir)

“Dan taubatlah kamu sekaliannya kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman,
agar kamu beroleh kejayaan.”

Disuruh bertaubat, kerana selama lelaki masih lelaki dan perempuan masih perempuan, selama burung didalam dan binatang dihutan masih berkelamin jantan/betina, selama itu pulalah manusia tidak akan terlepas dari rayuannya. Jaranglah hati lelaki yang tidak tergetar melihat perempuan cantik dan jaranglah perempuan yang tidak terpesona melihat lelaki gagah, tampan, perkasa itu tidak dapat dimatikan serta tidak dapat dipisahkan dari hidup. Tetapi Islam menyuruh menjaganya baik-baik dan mengaturkan supaya dituntun oleh iman, membatasi diri, menjaga mata, menahan hati dan kehormatan diri.

Seorang isteri melihat kebahagiaan sebagai matlamat unggul dalam kehidupan berkeluarga. Ia tidak boleh diukur tetapi dapat dirasai. Rasulullah SAW meletakkan isteri yang baik itu sebagai faktor kebahagiaan seseorang suami. Dengan perkataan lain isteri yang solehah akan menjadikan sesebuah rumah itu ibarat syurga yang menenangkan hati sesiapa sahaja yang bernaung padanya. Allah berfirman dalam al-Quran mengenai sifat-sifat seorang isteri yang solehah yang rmaksudnya: "Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan- Nya."(Surah an-Nisaa' ayat 34).

Jika dilihat pada zaman sekarang, ramai isteri-isteri yang tidak lagi menghormati suami mereka bahkan cuba untuk berdiri sama tinggi dengan si suami. Akibatnya kerukunan rumah tangga terancam. Kes isteri yang meminta cerai daripada si suami bukan lagi perkara luar biasa. Pendek kata keharmonian rumah tangga semakin lama semakin goyah. Kasih sayang antara satu sama lain semakin tipis. Seharusnya seorang isteri mahupun suami harus sedar kedudukan dan tugas sebenar masing-masing dalam rumah tangga. Kenapa isteri ataupun suami gagal menjadikan pasangan mereka sangat mencintai diri mereka adalah persoalan yang mesti dijawab oleh empunya diri masing-masing. Mudah-mudahan jalan penyelesaian pada masalah yang mengancam keamanan rumah tangga pada hari ini dapat dijawab.(Sumber: Himpunan Hadis-hadis Sahih/ Sahih al-Jami’ as-Saghir 3299, Silsilatul-Ahadith as-Sahihati 1838)

0 comments:

Post a Comment