Sunday, April 26, 2009

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis!!!

KONVENSYEN BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS
DEWAN MERDEKA PWTC
SABTU 9 MAY 2009




ANJURAN:
AMAN PALESTINE BERHAD
PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL



ATURCARA KONVENSYEN


8.00 - 8.30pg Pendaftaran Peserta
8.30 - 9.30pg Pembentangan 1 - Dr. Roslan Bin Mohd Nor
(Kejatuhan Islam Dan Wujudnya Negara Israel)
9.30 - 10.00pg Kehadiran VVIP / VIP
10.00 - 10.45pg Majlis Perasmian - Ucapan Alu-aluan dan Perasmian
Ucapan Alu-aluan - Ustaz Abdullah Zaik bin Abd Rahman
(Pengerusi Axsekutif Aman Palestine Berhad &
Preseden Ikatan Muslimin Malaysia ISMA)
Ucapan Perasmian - Y.B Senator Dato' Mejar Jeneral (B) Jamil Khir
B. Baharom
(Menteri Di Jabatan Perdana Menteri)
10.45 - 11.00pg Jamuan VVIP / VIP & Jamuan ringan peserta
1.00 - 12.00tgh Pembentangan 2 - Dr. Azzam Tamimi
(Sejauh Manakah Kesan Kewujudan Zionis Terhadap Dunia Sejagat)
12.00 - 1.00ptg Pembentangan 3 - Dr. Mohsen Soleh
(Hakikat Zionis Dan Agenda Yang Dipropagandakan)
1.00 - 2.00ptg Rehat / Makan / Solat
2.00 - 3.00ptg Pembentangan 4 - Dr. Azzam Tamimi
(Peranan Seorang Muslim Dalam Menghadapi Musuh Zionis)
3.00 - 4.00ptg Pembentangan 5 - Dr. Mohsen Soleh
(Kebangkitan Islam Di Palestine Dan Status Agenda Zionis Masa Kini)
4.00 - 5.00ptg Majlis Penutup / Ucapan Penangguhan Dan Bersurai
Dr. Kamal Azmi Bin Tohiran
(Presiden Persatuan Belia Islam National PEMBINA)


PROFAIL AHLI PANEL

Dr. Azzam Tamimi
Dr. Azzam Tamimi ialah seorg Aktivis politik & ahli akedemik Palestin. Kini warga British, beliau merupakan Direktor Institut Pemikiran Pilitik Islam (IIIT) di London dan sering muncul di Al-Jazeera dan stesen2 tv Arab dan Inggeris lain utk memberi pandangan ttg isu2 berkaitan Zionism dan Palestin. Beliau juga menyumbang artikel kpd The Guardian serta menulis beberapa buah buku berkenaan isu politik di Palestin dan Timur Tengah, seperti 'Rashid Ghannouchi, Democrat within Islamism' dan
'Hamas': A History from Within'. Beliau aktif sebagai alhi Persatuan
Muslim British dan Gabungan 'Stop The War'.


Dr. Mohsen Soleh
Dr. Mohsen Soleh ialah Pengarah Al-Zaytouna Centre For Studies And Concultations di Beirut, Lebanon sejak 2004. Beliau jg merupakan Profesor Sejarah Kontemporari Dan Arab Moden. Bidang kepakarah beliau ialah Kajian Palestin. Beliau pernah menjadi Pensyarah Jabatan Sejarah Dan Tamadun UIAM (1994-2004), dan diberikan Anugerah Bait-Al-Maqadia utk Ilmuwan Muslim Muda oleh Islamic Research Academy, UK. Dr Mohsen tlh menulis 10 buku lain, serta menjadi editor laporan tahunan 'Palestinian Strategic Report' dan akhbar eloktronik 'Palestine Today' sebanyak lebih dr 1400 isu. Beliau aktif membentang kertas kerja, memberi syarahan dan ulasan kpd media antarabangsa ttg isu2 di Palesnin.


Dr. Roslan Mohd Nor
Dr Roslan Mohd Nor merupakan lulusan dlm bidang Kajian Jerusalem-Islam. Beliau mendapat ijazah kedoktoran di Scotland, beliau banyak melakukan kajian ke atas kepentingan Jerusalem-Islam dan Rujukan Al-Quran & As-Sunnah kpd Jerusalem-Islam. Beliau tlh menerbitkan beberapa artikal akademik seperti 'Jerusalem-Islam: Tanah Israa' & Mikraj' di dlm Jurnal Kajian Jerusalem-Islam, Scotland, dan 'Jerusalem-Islam di bwh Pemerintahan Islam' di dlm Jurnal Al-Tamaddun,Malaysia. Beliau kini bertugas sebagai Pencarah Kanan di UKM.



LAMAN RASMI | WWW.KBAZ.NET

TELEFON : 03-89267019
FAKSIMILI : 03-89259963
EMAIL : KBAZ2009@YAHOO.COM
SMS : 019-6077372
SILA NYATAKAN



Apakah Perkara Yang Sudah Hilang Dari Umat Islam?

Perkara perkara yang hilang dari Umat Islam secara khusus, antaranya
ialah:


HILANG NYA:

1. Keadilan dari pemimpin atau pemerintah dan juga kasih
sayangnya.

2. Sifat berani daripada alim ulama juga kasih sayang dan nasihat
nasihatnya serta sifat zuhudnya.

3. Sifat malu daripada kaum wanita

4. Sifat sabar daripada fakir miskin

5. Sifat pemurah daripada orang kaya

6. Sifat tawadhuk daripada golongan atasan

7. Ilmu pengetahuan daripada ahli ibadah

8. Sifat lemah lembut dan kebijaksanaan daripada pejuang Islam

9. Sifat bijakasana dan lemah lembut daripada para pendakwah

10. Rasa khusuk dalam solat

11. Sifat amanah daripada orang yang diberi tanggung jawab.

Perkara perkara yang hilang dari Umat Islam secara umum, antaranya
ialah:

HILANG NYA:

1. Ilmu pengetahuan

2. Kepimpinan bertaraf empayar atau sejagat

3. Akhlak dan budi pekerti yang mulia

4. Ukhwah dan kasih sayang

5. Rasa sifat cemburu terhadap agama dan terhadap wanita

6. Perpaduan dan kesatuan Umat Islam

7. Rasa bertuhan atau rasa tauhid

8. Rasa cinta pada Akhirat

9. Rasa takut dengan Tuhan atau dosa

10. Rasa tawakal

11. Rasa qanaah

12. Sifat redha

13. Sifat sabar

14. Sifat betolak ansur

15. Persahabatn di kalangan kaum Muslimin

16. Sifat taat dan setia daripada pengikut terhadap pemimpin

17. Tamadun Islam

18. Undang undang perlembangaan Islam

Mengapa terjadi demikian? Umat Islam memandang kehilangan itu semua
tidak
merugikan.Kalau dapat pun mereka menganggap tidak menguntungkan apa apa.

Begitu rosaknya jiwa dan cara berfikir Umat Islam pada hari ini.

Tazkirah - Rahsia 13


Tazkirah


Subject: Wajah & Hati Yang Cantik & Rahsia 13

· Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu.
Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

· Untuk menghilangkan
stress, perbanyaklah ''olahraga''. Yakni Cukup dengan memperbanyakkan solat.
Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

· Untuk
pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

· Untuk punya
bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

· Agar
tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

· Untuk
mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Assalamua'laikum wr wb...



Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......


1 -
Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.


2 -
Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat
kita di dalam kubur.

3 -
Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi
kita di dalam kubur.

4 -
Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.


5 -
Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.


6 -
I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.


7 -
Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.


8 -
Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita
didalam kubur

9 -
Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.


1
0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan
oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 -
Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.


12 -
Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.


13 -
Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T..


Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :


"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"


Wassalam.


"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

AMIN



Monday, April 20, 2009

Kenapa Allah Turunkan Bala?.


Pelbagai persoalan timbul mengenai bala yg merisaukan banyak pihak. Tetapi apakah sebenarnya bala itu?. Bala dlm bahasa arab bermakna hukuman drp Allah akibat salah laku manusia kerana mengingkari sepenuhnya atau sebahagian drpd perintan Allah S.W.T. Bala merupakan satu bencana yg Allah turunkan kpd sesuatu kaum atau kelompok manusia pd situasi dan memberi impak yg tdk dpt dibayangkan oleh mangsa itu sendiri. Kenapa Allah menurunkan bala ke atas hambaNya?. Adakan bala yg ditimpakan itu membuktikan kemarahan Allah ke atas diri kita yg terpaksa menanggung risiko akibat perbuatan org lain?. Bala ini pernah terjadi di zaman para Anbiya' sebelum Nabi Muhammad SAW, seperti yg diceritakan oleh Allah dlm al-Quran menerusi ayat 133 Surah al-'Araaf yg bermaksud:

Telah kami kirimkan ke atas mereka (umat Nabi Musa) ribut taufan, belalang, kutu, katak dan darah, sebagai tanda yg cukup jelas keingkaran mereka terhadap ajaran Nabi Ibrahim, mereka menjadi angkuh dan sombong diri dan sesungguhnya mereka adalah golongan penjenayah (yg melakukan kerosakan di muka bumi).

Begitu jg Allah menceritakan mengenai Nabi Lut yg melakukan perbuatan terkutuk yg disifatkan oleh Nabi Lt sebagai perbuatan yg tdk pernah berlaku di dunia sebelum itu. Maka, Allah memusnahkan mereka tanpa memberi peluang utk mereka bertaubat. Sesungguhnya bala tidak akan diturunkan, melainkan kerana kesalahan yg dilakukan oleh manusia. Bezanya umat nabi terdahulu dikirimkan bala tanpa memberitahu isyarat atau tanda.

Kehadiran bala itu dpt dikesan oleh mereka yg kuat berpegang kpd agama dgn pelbagai kaedah, pendekatan dan bentuk tertentu. Ini menandakan bahawa Allah SWT amat syg kepada kita hgga menzahirkan isyarat atau tanda agar kita segera mengingatiNya, boleh jg disifatkan diri kita sebagai hamba emas yg amat disayangi di sisi Allah, cuma umat ini shj yg tidak mengenal erti ksh syg Allah. Jelas di sini bahawa kesalahan umat terdahulu sehingga Allah menimpakan pelbagai bentuk bala kerana melakukan perkara2 yg bercanggah dgn ajaran nabi2 mereka.

Tetapi kita perlu ingat, bahawa Allah Yang Maha Berkuasa boleh mengirimkan bala kpd kita serupa dgn apa yg pernah berlaku di zaman lampau dan juga mmpu mengirim bala yg tdk pernah berlaku kerika itu. Ini kita dpt lihat pd hari ini seperti penyakit HIV, selsema burung yg menggerunkan banyak pihak, penyakit kaki, tangan dan mulut. dan mcm2 lagi, yg dikirimkan agar manusia kembali ke pangkal jalan. Sepatutnya sebagai umat Nabi Muhammad kita berjaya meoloskan diri drpd bala2 yg disebutkan di atas, ttpi knp berlaku juga?. Ia merupakan satu persoalan yg ptt kita cari jawapannya gn segera. Mengapa?.

Tidak lain dan tidak bukan supaya kita tdk melakukan perkara yg menyaggah tuntutan agama. Selain sanggup mengadai maruah dan agama, mari kita selidik secara halus tindakan manusa hari ini yg menggundang bala dari Allah. Misalnya, program hiburan yg keterlaluan walaupun tlh disanggah dah diberi peringatan, juga merupakan salah satu penyebabnya. Perhatikan reaksi manusia2 selepas tamat program2 seumpama itu. Laporan akhbar arus perdana menyebut 70 pasangan Melayu dr peringkat usia 15-40 tahun disaman atas pelbagai kesalahan hgga ibu bapa mereka turut dipanggil ke pejabat agama. Kesalahan mereka dikenal pasti kerana meminum arak, berkhalwat dah bermacam2 jenis maksiat yg canggih2, ini tidak termasuk laporan yg menyebut 21 kes anak luar nikah berlaku dalam tempoh sebuan baru2 ini.




By Mohammad Qayyum A. Badaruddin
(KENAPA ALLAH MURKA)

Thursday, April 9, 2009

Anak anda nakal & degil? Baca ayat ini dan amalkan lah....... InsyaAllah akan berhasil.



ANAK NAKAL

1. Baca Al-Fatihah dan hadiahkan kepada Baginda Rasulullah S.A.W.
2. Selawat Al-Fatihah 100x.
3. Baca surah Al-Imran ayat 83.
4. Baca ayat Al-Kursi 170x.
5. Baca surah At-Taubah ayat 46 sebanyak 100x.

AYAT2 TERSEBUT DI BACA PD AIR DAN GUNAKAN AIR TERSEBUT SEBAGAI MINUMAN DAN MANDIAN.

ANAK DEGIL

Baca "surah Yassin" ayat 58. Baca atau amalkan ayat ini takkala Matahari hampir terbenam atau di-tengah malam jumaat sebanyak 313x. Sebelum membacanya; terlebih dahulu baca surah Al-Fatihah sebanyak 5x dihadiahkan kepada Rasulullah S.A.W, alim ulama, para Syuhada, ibu bapa dan muslimin muslimat seluruhnya.



Wirid harian utk melindungi diri dari Huru-Hara

WIRID HARIAN

1..... AstagfiruAllah sebanyak 100-1000x.
2..... La hau lawala quwa ta illa billa al-a'lim im'azim sebanyak 100-1000x.
3..... HasbunAllah howaniaq'mal waqil sebanyak 100-1000x.
4..... Bismillah hirohman nirrohim sebanyak 100-1000x.
5..... Ya Wadud sebanyak 100-1000x.
6..... Allah- Jahar iaitu (mengeluarkan suara shgga dpt didgr oleh dr sendiri) sebanyak 5000x.
7..... Allah - Sirr iaitu (baca dlm hati) sebanyak 5000x.
8..... Selawat sebanyak 2000x.
9..... Surah Al-Ikhlas sebanyak 100x.


WIRID


"500x Alhamdulillah... Setiap hari sebagai tanda syukur kerana telah diciptakan sebagai umat MUHAMMAD S.A.W"


SOLAT AL-HIFZH (SOLAT PERLINDUNGAN)


Rakaat Pertama 2x surah IKHLAS.
Rakaat Kedua 1x surah IKHLAS.




Doa & Wirid


"Doa dan wirid. Pelindung diri dari Fitnah Dajal"

1) 10 ayat pertama --> Surah Al-Khafi
2) 10 ayat akhir --> Surah Al-Khafi


Wednesday, April 8, 2009

Ahli Politik Dan Kasih Sayang

Permasalahan yang membawa kepada perpecahan di kalangan masyarakat Islam di negara ini dapat diselesaikan jika organisasi yang berbeza fahaman politik, mampu meletakkan kasih sayang, keikhlasan dan mencintai Islam lebih dari segalanya. Adab-adab perbincangan seperti dianjurkan Islam harus dipraktikkan. Perbincangan hendaklah dibuat dalam suasana dan kasih sayang dan persaudaraan serta bertujuan utk mencari jalan penyelesaian terbaik. Sebaik-baiknya carilah titik pertemuan dan ketepikan perkara yg boleh berpecah. Kaedah "Berkerjasama dalam perkara yg disepakati dan berlapang dada dlm perkara yg tdk disepakati" adalah selari dgn ajaran Islam.

Jika dilihat, antara negara-negara Asean sendiri terlalu banyak perbezaan dan isu. Jika tidak ditangani dengan baik, ia boleh mewujudkan krisis antara negara2 tersebut. Namun sehinggan kini, mereka teguh berpegang kepada konsep Asean sehingga segala masalah diselesaikan di meja rundingan. Ada yg membawanya ke Mahkamah Antrabangsa jika jalan rundingan menjadi buntu. Tetapi, yang pasti hubungan antara pemimpinya terus harmoni. Mereka meletakkan penyatuan dan keamanan sebagai keutamaan dan berusaha mengelak dari perpecahan dan peperangan.

Mereka mencintai negara dan mahukan keamanan. Kenapa kita tidak boleh meletakkan Islam sebagai sebab kita perlu banyak bertolak ansur. Kita kadangkala mahu memperjuangkan Islam tetapi apabila emosi diletakkan di hadapan, banyak perkara hasil tindakan kita yg membawa kerugian kepada Islam.

Amatlah sedih bagi seorang Muslim melihat umat Islam dan pemimpin mereka tidak dapat menyelesaikan permasalahan agama dan bangsanya sejak sekian lama. Sedangkan Nabi S.A.W hanya mengambil masa selam 24 tahun sahaja untuk menyatukan seluruh Jazirah Arab yg berpecah sehingga lahirnya manusia dan tamadun yang hebat.

Alangkah sayangnya kita kepada pemimpin pihak2 berkenaan yg mempunyai ilmu, kecerdikan dan kepimpinan kerana tdk bersedia melapangkan dada mereka seluas-luasnya atas dasar kasih sayang.

Dengan ilmu dan kebijaksanaan yg mereka miliki, tidak sepatutnya masalah yg mudah ini memakan masa berpuluh-puluh tahun untuk diselesaikan. Manusia yg cerdik tidak akan terikat kepada satu kaedah sahaja dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jika ia tdk dapat diselesaikan dengan pendekatan politik kepartian, beberapa pendekatan lain perlu dicari.

Pertembungan politik yg melampau boleh merosakkan pemikiran dan akhlak. Tumpuan kepada kempen politik sepanjang masa, tanpa memberi perhatian kepada program mendidik anggota dan penyokong untuk keimanan, akhlak, sikap toleransi, kasih sayang dan keterbukaan, adalah penyebab yg menyumbang kepada krisis yg berpanjangan.

Perpecahan dan percakaran politik ini turut diperhatikan oleh anak2 yg perlukan bimbingan, para muallaf, masayarakat non-muslim, orang2 jahil dan kalangan orientalis ataumusuh2 Islam. Akhirnya, imej Islam sebagai agama yg mendokongi nilai2 kasih sayang, persaudaraan dan kesejahteraan semua pihak tercalar dan meliarkan kalangan bukan Islam untuk memeluk Islam.

Di celah2 perbalahan dan krisis berpanjangan ini, berlaku gejala keruntuhan moral yg begitu dahsyat di kalangan masayarakat Melayu Islam. Statistik menunjukkan lebih 600 ribu anak Melayu Islam menjadi penagih dadah dan jumlah nya meningkat pada setiap masa. Anak Melayu Islam juga menjadi 'juara' dalam senarai krisis moral seperti merompak, mencuri, buang anak, seks bebas, murtad, penceraian dan pelbagai gejala sosial yg lain.

Budaya hedonisme dan memuja artis secara melampau serta memikirkan tahyul kini cukup sinonim dengan orang Melayu Islam terutama generasi muda. Namun, semua ini bagaikan tidak memberi apa2 makna kepada org2 politik dan para pemimpin, mereka erus dibuai mimpi dengan idealisme yg 'hebat'.

Ada yg menyalahkan sistem yg tidak Islam sebagai penyebab krisis ini berlaku, sedangakn jika ditanya, kenapa keruntuhan ini berlaku kepada anak2 Islam, kepada org2 Islam dan tidak kepada bangsa lain, tidak kepada Non-Muslim sedangkan mereka juga berada dalam negara yg sama, sistem yg sama. Jawapan pada masalah ini ialah org Islam sudah tidak pandai mendidik anak2, orang Islam sudah hilang jati diri. Keluarga org Islam sudah hilang ruh keimanan dan kasih sayang.

Islam adalah gambaran kasih sayang Allah S.W.T di alam ini. Bg manusia yg beriman, Hal ini cukup diberi perhatian dlm menangani segala kemelut yg melanda umat. Cukuplah perpecahan dan persengketaan yg tdk pernah selesai krn jln penyelesaiannya dikongkong oleh emosi dan nafsu ammarah. Yg terpancar adlah api2 kebencian dan permusuhan, bkn sinar ksh syg & persaudaraan.

Marilah kita jdkan negara kita sebagai negara dakwah, negara ksh syg, negara yg penuh keadilan, negara penuh keamanan. Kita perlu menyebarkan ksh syg kita kpd semua kaum shgga Islam menjadi kebanggaan & agama mereka. Islam adalah jawapannya. Islam memiliki segala apa yg diperlukan oleh manusia. Islam adlah fitrah manusia, Islam adlh penyelamat manusia di dunia & akhirat, Islam mempunyai universal yg tiada sbb manusia mahu menolaknya.

Seruan keadilan, seruan tiada perbezaan sesama manusia, seruan ksh syg, seruan kejujuran, amanah, seruan membantu org yg perlu bantuan, seruan supaya membantu org miskin, seruan supaya tdk menzalimi manusia, seruan pembinaan keluarga yg baik, seruan mencintaai ilmu, seruan memuliakan wanita adlah cth2 ajaran murni yg dibawa Islam.

Benarlah kata2 mereka yg bijak pandai, Islam adlh produk yg hebat ttpi tiada memiliki salesman yg bijak, sdgkan sistem barat penuh kelemahan ttpi mereka mempunyai salesman yg handal. Ketiadaan politiking yg melampau di negara2 maju seperti Amerika dan Britain jg membolehkan mereka menumpukan kepada dasar luar dgn berkesan.

Marilah kita bersggh2 mengatur strategi dakwah drpd sibuk politik tnpa berkesudahan, drpd perbahasan masalah yg tiada titik temu. Di dpn kita terlalu bnyk perkara yg boleh kita bersatu dan bnyk perkara boleh kita terus berpecah. Tepuk dada dan tanyalah Iman.

Musuh Islam sudah nyata dan dekat. Perpatah Melayu mengatakan, 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'. Marilah kita mengutamakan yg paling utama dr yg utama. Biarlah kita berbeza pendapat ttpi ia membawa kpd saling lengkap-melengkapi, saling membawa kekuatan. Walau kita berbeza pendapat, ttpi ia tdk memutuskan ksh syg dan perpaduan. Ksh syg adlh jln Nabi S.A.W sdgkan perpecahan, kebencian dan kemarahan adlh jln syaitan.


Mencegah Penyakit Angin Ahmar

Telah bersabda Rasulullah (s.a) : Barangsiapa berkata pd suatuhari sepuluh kali ( Bismillah ar-rahman ar-rahim wala hau lawala quwa ta illa billa al-a'lim im'azim) maka bersihlah ia drpd dosanya sebagaimana hari diperanakkannya oleh ibunya dan diselamatkan dia oleh Allah drpd tujuh puluh mcm bala dunia seperti gila, sopak, kusta, angin ahmar dan sesunggunhya ini lebih besar pahalanya drpd tujuh puluh kali haji dan umrah yg makbul selepas haji islam lg wajib dijagai ia oleh Allah dgn tujuh puluh malaikat yg beristifar untuk dia hingga kemalamnya dan diselamatkan dia drpd sembilan puluh sembilan mcm lg drpd bala. Ini tersebut dlm kitab Al-Aa'lama As-Sheikh Jamaluddin Muhammad.




Tuesday, April 7, 2009

......Jihad......


Amma ba'du, sesunggunhnya 'jihad' i2 adlah sebuah pintu dr pintu2 syurga yg dibuka oleh Allah utk para wali-Nya yg utama. Dan jihad juga adalah pakaian oleh orang bertakwa, baju waja dr Allah serta perisai-Nya yg terpecaya. Barangsiapa meninggalkannya, Allah akan mengenakan kepadanya pakaian kehinaan & serban bala (pembawa bencana). Ia akan disepak dgn kejijikan, cemuhan & hatinya tertutup oleh titai (kealpaan). Hak akan diambil dr dirinya kerana meninggalkan jihad. Ia akan menderita kehinaan & dicegah utk mendapatkan keadilan.

Dun Disappointed

Janganlah kecewa membuat kebaikan walaupun tiada org mengucapkan terima ksih, mungkin ada org berterima kasih kepadamu sdgkan ia tdk menerima apa2 darimu. Mungkin jg anda mendapat ucapan terima kasih lebih dr sepatutnya, sesungguhnya Allah kasih kpd org yg berbuat kebaikan.

Taubat.................

Blessings are for the man who humbles himself be4 God whose sourses of income are honest, whose intentions are always honorable, whose character is noble, whose habits are sober, who gives away in the name and in the cause of God the wealth which is lying surplus with him, who controls his toungue from vicious and useless talk, who abstains from oppression and tyranny, who cheerfull and follows the tradision of the Holy Prophet (A.S) and who keeps himself away from innovation in religion.

Illahi anta maqshudi wa ridhoka mathlubi




Berzikirlah dengan mengucapkan "Allah","Allah" dalam hati, dalam keadaan mata terpejam, duduk tawaruk kembalikan dari duduk tawaruk dalam shalat, mengunci gigi, menongkatkan lidah ke langit-langit mulut dan menutup kepala dan muka dengan selubung.