Monday, April 20, 2009

Kenapa Allah Turunkan Bala?.


Pelbagai persoalan timbul mengenai bala yg merisaukan banyak pihak. Tetapi apakah sebenarnya bala itu?. Bala dlm bahasa arab bermakna hukuman drp Allah akibat salah laku manusia kerana mengingkari sepenuhnya atau sebahagian drpd perintan Allah S.W.T. Bala merupakan satu bencana yg Allah turunkan kpd sesuatu kaum atau kelompok manusia pd situasi dan memberi impak yg tdk dpt dibayangkan oleh mangsa itu sendiri. Kenapa Allah menurunkan bala ke atas hambaNya?. Adakan bala yg ditimpakan itu membuktikan kemarahan Allah ke atas diri kita yg terpaksa menanggung risiko akibat perbuatan org lain?. Bala ini pernah terjadi di zaman para Anbiya' sebelum Nabi Muhammad SAW, seperti yg diceritakan oleh Allah dlm al-Quran menerusi ayat 133 Surah al-'Araaf yg bermaksud:

Telah kami kirimkan ke atas mereka (umat Nabi Musa) ribut taufan, belalang, kutu, katak dan darah, sebagai tanda yg cukup jelas keingkaran mereka terhadap ajaran Nabi Ibrahim, mereka menjadi angkuh dan sombong diri dan sesungguhnya mereka adalah golongan penjenayah (yg melakukan kerosakan di muka bumi).

Begitu jg Allah menceritakan mengenai Nabi Lut yg melakukan perbuatan terkutuk yg disifatkan oleh Nabi Lt sebagai perbuatan yg tdk pernah berlaku di dunia sebelum itu. Maka, Allah memusnahkan mereka tanpa memberi peluang utk mereka bertaubat. Sesungguhnya bala tidak akan diturunkan, melainkan kerana kesalahan yg dilakukan oleh manusia. Bezanya umat nabi terdahulu dikirimkan bala tanpa memberitahu isyarat atau tanda.

Kehadiran bala itu dpt dikesan oleh mereka yg kuat berpegang kpd agama dgn pelbagai kaedah, pendekatan dan bentuk tertentu. Ini menandakan bahawa Allah SWT amat syg kepada kita hgga menzahirkan isyarat atau tanda agar kita segera mengingatiNya, boleh jg disifatkan diri kita sebagai hamba emas yg amat disayangi di sisi Allah, cuma umat ini shj yg tidak mengenal erti ksh syg Allah. Jelas di sini bahawa kesalahan umat terdahulu sehingga Allah menimpakan pelbagai bentuk bala kerana melakukan perkara2 yg bercanggah dgn ajaran nabi2 mereka.

Tetapi kita perlu ingat, bahawa Allah Yang Maha Berkuasa boleh mengirimkan bala kpd kita serupa dgn apa yg pernah berlaku di zaman lampau dan juga mmpu mengirim bala yg tdk pernah berlaku kerika itu. Ini kita dpt lihat pd hari ini seperti penyakit HIV, selsema burung yg menggerunkan banyak pihak, penyakit kaki, tangan dan mulut. dan mcm2 lagi, yg dikirimkan agar manusia kembali ke pangkal jalan. Sepatutnya sebagai umat Nabi Muhammad kita berjaya meoloskan diri drpd bala2 yg disebutkan di atas, ttpi knp berlaku juga?. Ia merupakan satu persoalan yg ptt kita cari jawapannya gn segera. Mengapa?.

Tidak lain dan tidak bukan supaya kita tdk melakukan perkara yg menyaggah tuntutan agama. Selain sanggup mengadai maruah dan agama, mari kita selidik secara halus tindakan manusa hari ini yg menggundang bala dari Allah. Misalnya, program hiburan yg keterlaluan walaupun tlh disanggah dah diberi peringatan, juga merupakan salah satu penyebabnya. Perhatikan reaksi manusia2 selepas tamat program2 seumpama itu. Laporan akhbar arus perdana menyebut 70 pasangan Melayu dr peringkat usia 15-40 tahun disaman atas pelbagai kesalahan hgga ibu bapa mereka turut dipanggil ke pejabat agama. Kesalahan mereka dikenal pasti kerana meminum arak, berkhalwat dah bermacam2 jenis maksiat yg canggih2, ini tidak termasuk laporan yg menyebut 21 kes anak luar nikah berlaku dalam tempoh sebuan baru2 ini.




By Mohammad Qayyum A. Badaruddin
(KENAPA ALLAH MURKA)

0 comments:

Post a Comment