Wednesday, April 8, 2009

Ahli Politik Dan Kasih Sayang

Permasalahan yang membawa kepada perpecahan di kalangan masyarakat Islam di negara ini dapat diselesaikan jika organisasi yang berbeza fahaman politik, mampu meletakkan kasih sayang, keikhlasan dan mencintai Islam lebih dari segalanya. Adab-adab perbincangan seperti dianjurkan Islam harus dipraktikkan. Perbincangan hendaklah dibuat dalam suasana dan kasih sayang dan persaudaraan serta bertujuan utk mencari jalan penyelesaian terbaik. Sebaik-baiknya carilah titik pertemuan dan ketepikan perkara yg boleh berpecah. Kaedah "Berkerjasama dalam perkara yg disepakati dan berlapang dada dlm perkara yg tdk disepakati" adalah selari dgn ajaran Islam.

Jika dilihat, antara negara-negara Asean sendiri terlalu banyak perbezaan dan isu. Jika tidak ditangani dengan baik, ia boleh mewujudkan krisis antara negara2 tersebut. Namun sehinggan kini, mereka teguh berpegang kepada konsep Asean sehingga segala masalah diselesaikan di meja rundingan. Ada yg membawanya ke Mahkamah Antrabangsa jika jalan rundingan menjadi buntu. Tetapi, yang pasti hubungan antara pemimpinya terus harmoni. Mereka meletakkan penyatuan dan keamanan sebagai keutamaan dan berusaha mengelak dari perpecahan dan peperangan.

Mereka mencintai negara dan mahukan keamanan. Kenapa kita tidak boleh meletakkan Islam sebagai sebab kita perlu banyak bertolak ansur. Kita kadangkala mahu memperjuangkan Islam tetapi apabila emosi diletakkan di hadapan, banyak perkara hasil tindakan kita yg membawa kerugian kepada Islam.

Amatlah sedih bagi seorang Muslim melihat umat Islam dan pemimpin mereka tidak dapat menyelesaikan permasalahan agama dan bangsanya sejak sekian lama. Sedangkan Nabi S.A.W hanya mengambil masa selam 24 tahun sahaja untuk menyatukan seluruh Jazirah Arab yg berpecah sehingga lahirnya manusia dan tamadun yang hebat.

Alangkah sayangnya kita kepada pemimpin pihak2 berkenaan yg mempunyai ilmu, kecerdikan dan kepimpinan kerana tdk bersedia melapangkan dada mereka seluas-luasnya atas dasar kasih sayang.

Dengan ilmu dan kebijaksanaan yg mereka miliki, tidak sepatutnya masalah yg mudah ini memakan masa berpuluh-puluh tahun untuk diselesaikan. Manusia yg cerdik tidak akan terikat kepada satu kaedah sahaja dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jika ia tdk dapat diselesaikan dengan pendekatan politik kepartian, beberapa pendekatan lain perlu dicari.

Pertembungan politik yg melampau boleh merosakkan pemikiran dan akhlak. Tumpuan kepada kempen politik sepanjang masa, tanpa memberi perhatian kepada program mendidik anggota dan penyokong untuk keimanan, akhlak, sikap toleransi, kasih sayang dan keterbukaan, adalah penyebab yg menyumbang kepada krisis yg berpanjangan.

Perpecahan dan percakaran politik ini turut diperhatikan oleh anak2 yg perlukan bimbingan, para muallaf, masayarakat non-muslim, orang2 jahil dan kalangan orientalis ataumusuh2 Islam. Akhirnya, imej Islam sebagai agama yg mendokongi nilai2 kasih sayang, persaudaraan dan kesejahteraan semua pihak tercalar dan meliarkan kalangan bukan Islam untuk memeluk Islam.

Di celah2 perbalahan dan krisis berpanjangan ini, berlaku gejala keruntuhan moral yg begitu dahsyat di kalangan masayarakat Melayu Islam. Statistik menunjukkan lebih 600 ribu anak Melayu Islam menjadi penagih dadah dan jumlah nya meningkat pada setiap masa. Anak Melayu Islam juga menjadi 'juara' dalam senarai krisis moral seperti merompak, mencuri, buang anak, seks bebas, murtad, penceraian dan pelbagai gejala sosial yg lain.

Budaya hedonisme dan memuja artis secara melampau serta memikirkan tahyul kini cukup sinonim dengan orang Melayu Islam terutama generasi muda. Namun, semua ini bagaikan tidak memberi apa2 makna kepada org2 politik dan para pemimpin, mereka erus dibuai mimpi dengan idealisme yg 'hebat'.

Ada yg menyalahkan sistem yg tidak Islam sebagai penyebab krisis ini berlaku, sedangakn jika ditanya, kenapa keruntuhan ini berlaku kepada anak2 Islam, kepada org2 Islam dan tidak kepada bangsa lain, tidak kepada Non-Muslim sedangkan mereka juga berada dalam negara yg sama, sistem yg sama. Jawapan pada masalah ini ialah org Islam sudah tidak pandai mendidik anak2, orang Islam sudah hilang jati diri. Keluarga org Islam sudah hilang ruh keimanan dan kasih sayang.

Islam adalah gambaran kasih sayang Allah S.W.T di alam ini. Bg manusia yg beriman, Hal ini cukup diberi perhatian dlm menangani segala kemelut yg melanda umat. Cukuplah perpecahan dan persengketaan yg tdk pernah selesai krn jln penyelesaiannya dikongkong oleh emosi dan nafsu ammarah. Yg terpancar adlah api2 kebencian dan permusuhan, bkn sinar ksh syg & persaudaraan.

Marilah kita jdkan negara kita sebagai negara dakwah, negara ksh syg, negara yg penuh keadilan, negara penuh keamanan. Kita perlu menyebarkan ksh syg kita kpd semua kaum shgga Islam menjadi kebanggaan & agama mereka. Islam adalah jawapannya. Islam memiliki segala apa yg diperlukan oleh manusia. Islam adlah fitrah manusia, Islam adlh penyelamat manusia di dunia & akhirat, Islam mempunyai universal yg tiada sbb manusia mahu menolaknya.

Seruan keadilan, seruan tiada perbezaan sesama manusia, seruan ksh syg, seruan kejujuran, amanah, seruan membantu org yg perlu bantuan, seruan supaya membantu org miskin, seruan supaya tdk menzalimi manusia, seruan pembinaan keluarga yg baik, seruan mencintaai ilmu, seruan memuliakan wanita adlah cth2 ajaran murni yg dibawa Islam.

Benarlah kata2 mereka yg bijak pandai, Islam adlh produk yg hebat ttpi tiada memiliki salesman yg bijak, sdgkan sistem barat penuh kelemahan ttpi mereka mempunyai salesman yg handal. Ketiadaan politiking yg melampau di negara2 maju seperti Amerika dan Britain jg membolehkan mereka menumpukan kepada dasar luar dgn berkesan.

Marilah kita bersggh2 mengatur strategi dakwah drpd sibuk politik tnpa berkesudahan, drpd perbahasan masalah yg tiada titik temu. Di dpn kita terlalu bnyk perkara yg boleh kita bersatu dan bnyk perkara boleh kita terus berpecah. Tepuk dada dan tanyalah Iman.

Musuh Islam sudah nyata dan dekat. Perpatah Melayu mengatakan, 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'. Marilah kita mengutamakan yg paling utama dr yg utama. Biarlah kita berbeza pendapat ttpi ia membawa kpd saling lengkap-melengkapi, saling membawa kekuatan. Walau kita berbeza pendapat, ttpi ia tdk memutuskan ksh syg dan perpaduan. Ksh syg adlh jln Nabi S.A.W sdgkan perpecahan, kebencian dan kemarahan adlh jln syaitan.


0 comments:

Post a Comment