Thursday, July 16, 2009

Terapi Minda


Agama buat kehidupan diakhirat, harta buat kehidupan didunia. Didunia
orang yang tidak berharta susah hati, diakhirat orang yang tidak beragama
lebih sengsara.

Jangan menyesal kegagalan yang dialami, dengan menuduh ataupun menya-
lahkan orang lain,akan tetapi akuilah sesungguhnya kegagalan itu adalah
akibat perbuatan sendiri.

Majulah dengan cara berfikir yang serba mungkin. Tiada yang mustahil.
Bersiaplah menghadapi kesulitan dan percayalah tiada kesulitan yang tidak
dapat diatasi.

Apabila anda tidak berani melakukan apa-apa, jangan mengharap anda dapat
sesuatu yang diinginkan. Kita perlu mengharapkan sesuatu yang lebih baik
daripada keadaan kita sekarang.

Bersungguh-sungguhl ah menguatkan pendirianmu selama hidup. Ketahuilah
bahawa kehidupan itu hanya berharga kerana keyakinan yang teguh dan tetap
serta usaha yang bersungguh-sungguh.

1 comments:

manajanjimu said...

ADDEEN AL ISLAM IALAH AGAMA DISISI ALLAH YANG MERANGKUMI DUNIA DAN AKHIRAT......
ADDEEN AL ISLAM ITU LIMA: IMAN ISLAM IHSAN QIAMAT DAN ALAMAT2 QIAMAT......[hadis muslim dari omar r.a]
ADDUNYA ITU TIGA: HARTA TAKHTA WANITA....istilah moden EKONOMI POLITIK SOSIAL.
ADDUNYA DIBAWAH PENTADBIRAN ADDEEN ITU YANG TERPAKAI DISISI ALLAH.
ADDUNYA YANG BUKAN DIBAWAH ADDEEN ITU SYURGA KAFIRIN......RIBA/DEMOKRASI/SEKULAR

Post a Comment