Sunday, July 5, 2009

Perlukah Ingat Mati???

Kematian ada di mana-mana, pasti akan datang.Bila tiba saatnya pasti kita akan dijemput, tidakkira usia, waktu dan musim. Kita tidak dapat me-nolaknya. Dan bilakah jenazah kita akan di tanamkedalam tanah.

Alangkah baiknya kita sentiasa mengingati harikemudian untuk menghadapinya, tiada jalan yangpaling baik melainkan beriman pada hari akhirat.yaitu hari terakhir daripada alam maya ini, jugadisebut dengan hari qiamat.

Perlu mencari bekalan untuk hari akhirat dan lenyap-lah kecintaan yang melampau batas terhadap duniawi.Jauhi dari kecintaan yang hina dan rendah nilainya.

Orang yang melupakan kematian, akan sentiasa melakukan segala sesuatu tanpa kawalan, dia akanmelakukan kezaliman, maksiat, dosa, menipu orangdan sebagainya tanpa batasan.

Fiman ALLAH yang bermaksud," Katakanlah! bahawasanya kematian yang engkau hendak lari daripadanya itu akan mendatangi engkau,kemudian kamu semua akan di kembalikan kepadaDzat Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian akan diberi tahu kepada kamu apa-apa yang engkau lakukan".(Surah al-Jumu'ah,ayat :8)

Maksud Hadith," Jika engkau berada pada waktu pagi, janganlah engkau menunggu petang ( bagi mencari bekal meng-hadapi mati), jika engkau berada pada waktupetang, janganlah engkau menunggu pagi.Ambillahmanfaat sewaktu hidupmu untuk bekal kematianmu,dan ketika engkau masih sehat untuk sakitmu".( Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban)

Manusia yang tenggelam dalam kemewahan dunia,dijajah oleh hawa nafsu dan diikat dengan perbuatanmaksiat amat sedikit mengingati kematian. Mungkintidak mengingati kehadhiran malaikat maut membawaperintah ALLAH untuk mengambil nyawanya, malahtidak timbul perasaan takut atau sedih kerana mengi-ngatkan yang bakal dihadapi nanti, yang pasti gelisahtentang harta bendanya dan kemewahan yang akan di-tinggalkan.

Ingatlah tiga perkara yang di tinggalkan iaitu:
1- Sedekah yang sentiasa mengalir
2- Ilmu yang memberi manfaat
3- Anak yang soleh yang mendoakan untuknya.

0 comments:

Post a Comment