Friday, May 22, 2009

Kemuliaan Disisi Tuhan....

Aduhai anak penzina,
Kau lahir dihina. Dikeji. Tanpa dipinta, kau terpaksa
menyusuri dunia yg zalim. Meniti hari demi hari dgn
memijak sembilu dr bumi. Tusukannya tajam menikam.
Maruahmu tercalar kerana dosa org lain.

Hapuskanlah air matamu. Dengarkanlah bicara ini hanya
untukmu. Biarpun sejijik mana dirimu pd pandangan
masyarakat, jgn sesekali kau memandang jijik pd dirimu
sendiri. Kau berhak menjadi manusia terhormat. Jgn
kau sendiri menghukum dirimu keji, dan jgn sesekali
mencampakkan dirimu dlm kekejian. Igtlah, sedikitpun
kau x mewarisi dosa penzina. Fitrahmu ttp suci bersih.

Ku dgr jeritan batinmu, "Kenapa Allah menyiksaku
begini? Tanpa noda dan dosa, lahir dipersenda. Ahh, dunia
penuh aniaya!" Kau merintih sayu saban hari. Pilu hatiku bila
melihat kau terus berduka sambil mempersoalkan keadilan
Yang Esa.

Lebih pilu hatiku bila kau turut memilih jln hidup yg hina
semata-mata sbgai tnda protes pada-Nya. Ramai anak
penzina membawa keturunannya menjadi penzina seperti
ibunya. Nauzubillah! Aku x mahu ia turut menimpa dirimu.

Dirimu berhak berada di kedudukan terhormat, biar sehina
mana pun insan yg melahirkanmu. Jadilah terhormat di
mata masyarakat apatah lg terhormat pd pandangan
Allah. Pilihlah kehormatan bkn kehinaan.

Ketahuilah duhai anak-anak yg mulia,
Bukan Allah yg zalim padamu. Maha suci Allah dr
sebarang kezaliman. Segala yg dtg dari-Nya pasti ada
hikmah tersirat. Sebaliknya penzina itulah yg berdosa
terhadapmu dan seluruh keturunanmu. Allah sudah
menunjuk jalan, sudah memberi panduan, sudah membuka
peluang, namu penzina itu ttp memilih jalan maksiat.
Sungguh jijik dosa penzina!

Damaikan hatimu duhai anak,
Allah Maha Penyanyang. Dia mengujimu dgn menjadi anak
penzina kerana Dia tahu jiwamu sarat ketabahan. Dia tahu
kau mmpu menghadapinya. Allah mengetahui kemampuan
kita lebih dr kita sendiri. Dia pasti membeli
kesabaranmu dgn harga yg tggi. Ganjaran syurga
menanti diakhirat setiap penderitaan hidupmu jika kau yakin
pada-Nya. Yakinlah! Hanya itu kesudahan terbaik yg
menjadi impian setiap org beriman.

Ketahuilah, Allah S.W.T memilihmu!
Dia ingin kau mengerti betapa pedihnya dosa penzina
mengazab org lain. Untuk spa kau mengerti? Supaya di
dunia fana ini, kau tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Supaya dirimu tidak terjebak ke lembah kotor itu. Sejarah
hidupmu akan menyebabkan kau lebih matang berhadapan
kehidupan. Kematangan itu hadiah berharga dari Tuhan.

Ya, Allah melihatmu!
Pernahkah kau terfikir? Allah telah memilihmu menjadi
anak penzina mungkin agar kau bangkit menyedarkan
masyarakat tentang kejijikan zina. Agar kau mengoncang
masyarakat yang hidup mereka jauh daripada petunjuk
wahyu. Agar kau suluhkan mereka jauh daripada petunjuk
wahyu. Agar kau suluhkan mereka pintu menuju hidayah
Allah. Kemudian dengan 'asbab'itu, Dia melimpahkan
ganjaran pendakwah buatmu.

Dakwah itu kerja mulia para Nabi dan projek mega
umat Islam. Dan akhirnya dengan 'asbab' itu juga,Dia
memilihmu untuk ganjaran syurga. Senyumlah, pada janji-
janji Allah yang menanti dirimu.


Tabahlah duhai anak!
Lupakan duka hatimu. Jadilah penawar duka masyarakat.
Atau sekurang-kurangnya jadilah penawar kepada insan
yang melahirkanmu agar kembali ke pangkal jalan. Usah
berdendam terhadap dirinya kerana dendam itu tak
menyumbang pada kebahagiaan. Pandanglah dirinya
sebagai musafir dunia yang keliru mencari jalan pulang.
Pandanglah dirinya dengan kaca mata dakwah dan kasih
sayang. Akuilah, dia tetap ibumu. Sampai bila kau ingin
menghukum dirinya dengan ketelanjuran silam? Mungkin
saat ini, dirinya sedang merindui taubat. Bantulah dia...

Duhai anak-anak yang dicintai,
Pulihkan keyakinan diri. Penilian dirimu terhadap
dirimu sendiri sesungguhnya jauh lebih penting daripada
pandangan orang lain terhadap dirimu.

Teruskan melangkah dengan kecekalan hati. Bangkitlah
membina kemajuan diri. Celikkan masyarakat akan
kemuliaan dirimu. Celikkan masyarakat akan indahnya
hidup Bertuhan. Celikkan masyarakat akan keadilan-Nya.

0 comments:

Post a Comment