
Apa sebab nya berlaku berbagai bagai masaalah dalam masyarakat? Dari ahli politik yang berebut rebut kuasa dan rasuah, ahli agama dan ilmuan yang bertelagah, remaja yang jadi mat rempit, perempuan yang buang anak, peragut yang kejam,dan berbagai bagai lagi kalau hendak di sebut.

Akibat nya kelakuan nya akan jadi kelakuan syaitan saperti suka mengumpat, memfitnah, sombong,ego, atau berkelakuan saperti haiwan hanya memikirkan makan, minum, hiburan dan seks.
Itu lah kalau sudah jadi begini hati sudah tidak berperanan lagi dan sebaliknya nafsu lah yang ambil alih tempat nya (ia itu hati nya).Ertinya dia sudah tidak berperanan saperti semula jadi nya lagi.Ini lah yang di maksudkan oleh Allah dalam Al Quran yang terjemahan nya:
"Sesunggohnya Kami peruntukkan untuk Neraka Jahanam kebanyakannya terdiri dari jin dan manusia: bagi mereka ada HATI , (tetapi) tidak mahu memahami (isi Al Quran) dengan HATI nya, dan bagi mereka ada mata, (tetapi) tidak mahu melihat dengan mata nya dan mereka bagi mereka ada telinga, (tetapi) tidak mahu mendengar dengan telinga nya.Mereka itu saperti binatang ternak bahkan lebih sesat.Mereka itu lah oranr orang yang lalai". (Al A"raf:179)
Orang yang buta AKAL pula ialah orang yang tidak mahu gunakan fikiran sekali pun dia mempunyai otak yang tajam dan cerdik.Maka apabila akal nya buta dia tidak dapat lagi menangkap ilmu dan pengalaman pengalaman hidup.Buah fikiran nya sentiasa akan jadi tidak rasional.Kalau dia seorang ulama atau pemimpin maka rosak lah masyarakat.
0 comments:
Post a Comment